Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat
Laman Utama » » Laksa Penang

Laksa Penang

Written By Unknown on Isnin, 1 Disember 2014 | 1:44 PTG


Bahan-bahan
1 kg laksa basah [Laksa kering pun boleh..Rendam kemudian celur hingga lembut]
1 kg ikan kembung

1 batang serai di titik
1 kuntum bunga kantan dibelah 4
2 inci belacan

2 liter air
2 hiris lengkuas

6 keping asam gelugur
Seikat daun kesum
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
3 ulas bawang merah
4 tangkai cili api
4 tangkai cili merah [kisar dengan sedikit air rebusan hingga halus]




Bahan Sampingan
1 potong nenas di hiris [tak nak letak pun tak ape]
1 biji timun di potong nipis & memanjang
2 tangkai cili merah di hiris
3 ulas bawang merah di hiris
4 biji limau kasturi di belah dua
6 tangkai daun pudina atau boleh juga guna daun salad
Sedikit hirisan bunga kantan


Cara-cara :
1. Rebus ikan sehingga masak. 
2. Angkat dan buang tulang ikan, kemudian siat isi ikan kecil-kecil. [nak senang kisar je isi ikan…]
3. Tapis air rebusan ikan, satukan dengan lebihan air dan bahan kisar.
4. Masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan.
5. Kemudian masukkan belacan & garam secukupnya. Biarkan mendidih seketika.
6. Hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan.


SELAMAT MENCUBA !!!
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe