Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat

Krim Paf

Written By Unknown on Jumaat, 19 Disember 2014 | 5:55 PTG


Bahan-bahan:
65g tepung gandum
Sedikit garam
50g mentega
150 ml Air
2 biji telur ( dipukul sedikit )

Inti Kastard:
300 ml susu segar
30g tepung kastard
3 sudu besar gula
½ sudu teh esen vanila

Cara-cara:
(1) Ayak tepung dan Garam ke atas kertas kalis minyak. Ketepikan.
(2) Jerang mentega dan air sambil dikacau hingga mentega cair. Kuatkan api dan biar mendidih kuat selama 1 minit.
(3) Padamkan api, masukkan semua tepung ke dalam periuk, kacau pantas.
(4) Bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan sehingga suam.
(5) Masukkan telur, kacau rata. Isikan ke dalam beg aising. Picit adunan ke atas tin pembakar beralas kertas timah.
(6) Bakar pada 220°C selama 20-25 minit atau hingga kembang dan keperangan.
(7) Buka ketuhar, cucuk setiap paf dengan hujung pisau. Bakar semula selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk.

Cara Menyediakan Kastard:
(1) Larutkan tepung kastard dengan sedikit susu.
(2) Jerang baki susu, campuran tepung kastard dan gula atas api sederhana sehingga mendidih.
(3) Kacau adunan dengan whisk.
(4) Bila pekat, padamkan api. Masukkan esen vanila.
(5) Isikan ke dalam beg aising dan picit atau sudukan ke dalam krim paf

SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe