Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat
Laman Utama » » Thai Seafood Spaghetti

Thai Seafood Spaghetti

Written By Unknown on Khamis, 2 Julai 2015 | 1:15 PTG


Bahan- bahan:
3 biji bawang putih (dicincang) 
Spaghetti anggaran untuk 2 orang makan (siap direbus)
6 ekor udang size sederhana (siap direbus dan dibuang kulit)
2 ekor sotong (siap direbus)
12 biji lala@kepah (siap direbus, boleh lebihkan jika suka)
2 sudu chili flakes (boleh adjust ikut kepedasan masing2)
Beberapa helai daun selasih (diracik)
Tomato ceri secukupnya (dibelah dua)
5 biji chili padi (dicincang)
Cendawan shitake secukupnya (dihiris)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukupnya

Cara -cara: 
1) Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih. Tumis agak-agak naik bau je ( sebaiknya jangan garing).
2) Kemudian masukkan chili flakes, bila warna minyak kemerahan masukkan sotong + udang + lala + cendawan shitake. 

3) Kacau sekejap dan masukkan daun selasih kemudian terus masukkan spaghetti. 
4) Gaul sebati. Boleh masukkan sedikit air jika terlalu kering.
5) Masukkan tomato ceri + chili padi dan perasakan dengan garam.
6) Gaul rata dan siap dihidang.

Tip:
+ Pastikan spaghetti ni tidak terlalu kering. Kalau kering, boleh tambah sikit air dan pastikan minyak secukupnya.
+ Udang dan  sotong rebus sekejap je. Jangan rebus lama sangat sebab nanti kita nak masak lagi sekali..
+ Cendewan shitake boleh celur dulu jika tak nak tunggu lama..
+ Daun selasih yang fresh tu kalau tak ada boleh guna yang kering dalam botol. Basil.




Source : Ezzah Fawzi
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe