Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat
Laman Utama » » Seri Muka Pandan

Seri Muka Pandan

Written By Unknown on Ahad, 5 Julai 2015 | 5:05 PTG


Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair - tun guna santan kotak, campur dgn air 1/4 bahagian
1 st garam
2 sm minyak

Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur- utk separuh adunan
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)
Cara-cara

Untuk lapisan bawah:-
+ Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi.Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

Untuk lapisan atas:-
Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garamDiikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. 
Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji.Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!! - nak blendkan je semua pun boleh..Sekali lagi dgn kukusan yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yang berisi pulut tadi ke dalam kukusan dan dengan perlahan tuangkan lapisan atas.Kukus  selama 45min atau 1jam....

PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe