Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat

Agar-agar Pelangi

Written By Unknown on Isnin, 7 September 2015 | 12:02 PTG


Bahan A - lapisan warna
10 gm serbuk agar-agar
1200 ml air
200 gram gula
Pewarna- merah, orange, kuning, hijau, biru, purple

Bahan B - lapisan santan
10 gm serbuk agar2
400 ml santan
800 ml air
200 gram gula
1/2 sudu teh garam 

Cara-cara:
1. Masak bahan A hingga hancur dan masak- kecuali warna
2. Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk atau biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dengan api kecil.
3. Masak bahan B hingga hancur dan masak - kecuali santan & garam
4. Dah masak..masukkn santan dan garam..didihkan sekejap sahaja. 
**Buat spt bahan A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil

CARA MELAPIS: 
1. Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
2. Lapisan pertama dh agk keras.lorek2 permukaan agar2 yg dah agak keras tadi dgn pisau supaya lapisan seterusnya akan melekat...
3. Sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
4.. Ulangi langkah 1 - 3...hingga habis..
** Susunan warna ikut citarasa masing2.
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe