Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat
Laman Utama » » BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

Written By Unknown on Khamis, 10 September 2015 | 11:01 PG



Bahan-Bahan:
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan cornflakes, kisar halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1/2 cawan kismis hitam, badam cincang, ceri cincang lebihkan sedikit jika anda suka
2-3 cawan cornflakes, ramas kasar
paper cup
ceri, untuk hiasan

Cara Penyediaan:
1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sehingga sebati.
2, Ayak tepung dan serbuk penaik dalam bekas berasingan dan gaulkan dengan kismis bersama cornflakes yang dikisar halus.
3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega dan kacau sebati. Jangan tambah tepung kerana adunan sepatutnya agak lembik.
4. Rehatkan adunan di dalam peti ais selama 5-10 minit.
5. Sudukan adunan dan uli di atas cornflakes yang diramas kasar menjadi bentuk bebola.

6. Masukkan ke dalam paper cup dan hias dengan ceri.
7. Bakar dalam oven bersuhu 180Âșc selama lebih kurang 15 minit atau sehingga biskut menjadi sedikit keperangan.
8. Sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas kedap udara.


SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe