Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat
Laman Utama » » Tepung Bungkus

Tepung Bungkus

Written By Unknown on Rabu, 22 Julai 2015 | 4:08 PTG


Bahan-bahan :
180gm tepung beras
250ml santan
875ml air
1 sudu makan gula pasir
Secubit garam
Beberapa helai daun pisang

Bahan Inti:
240gm gula merah
240gm gula pasir
500gm kelapa parut

Cara memasak:
1. Untuk menyediakan intinya, campurkan air bersama gula pasir dan gula merah sehingga larut kemudian ditapis.
2. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga kering. Biarkan sejuk dan bulat-bulatkan intinya. Ketepikan.
3. Campurkan tepung beras bersama santan, air, gula pasir dan garam kemudian dikacau di atas api sehingga pekat.
4. Apabila pekat angkat dan ambil daun pisang yang sudah dilayurkan.
5. Ambil sesudu adunan kemudian letakkan inti di dalamnya. Bungkus dengan kemas.
6. Biarkan kukus selama 20 minit.


SELAMAT MENCUBA!!!
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe