Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat
Laman Utama » » WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE

WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE

Written By Unknown on Jumaat, 11 September 2015 | 12:54 PTG

Bahan Almond Sponge Cake:
4 biji telur grad A
180g gula halus
170g tepung gandum
2 sudu besar serbuk badam
70g air
1 sudu teh baking powder
15g ovellete
50g minyak jagung@masak
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1. Ayak tepung dan baking powder.
2. Satukan semua bahan kecuali minyak,putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih,lembut dan gebu.
3. Masukkan minyak gaul kaup balik perlahan hingga sebati.
4. Tuang dalam loyang 8inci yg telah di lapik kertas minyak dan di oles butter.
5. Bakar 170'c selama 30-45 minit.( ikut oven msng2 )

Bahan Salted Caramel:
113g butter
120ml dairy whipping cream
3 sudu besar air
60ml corn syrup
200g gula
Cara-cara:
1. Campurkan butter bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga cair tapi masih keruh.(ketepikan)
2. Dalam periuk satukan air,corn syrup dan gula.Masak hingga mendidih,berbuih2 dan gula larut.
3. Tutup periuk supaya gula yg melekat di tepi periuk mencari dan turun ke bawah.
4. Buka tutup periuk,tuang butter dan krim cair tadi kacau perlahan dan masak hingga pekat.
5. Biarkan sejuk.

Bahan Salted Caramel Cream:
3 biji kuning telur
100g coklat putih masakan
8g gelatin
30g air
2 sudu besar salted caramel
250g non dairy whipping cream
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
1. Satukan gelatin bersama air biarkan kembang.
2. Kemudian cairkan gelatin cara double boiler.
3. Cairkan coklat cara double boiler.
4. Dengan cara double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa kacau hingga ia berkrim.
5. Tuang gelatin,gaul sebati.
6. Tuang coklat dan salted caramel,gaul sebati. Biarkan sejuk.
7. Dalam bekas lain putar krim dan esen vanilla hingga kental.
8. Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim.

Bahan White Chocolate Ganache:
125ml non dairy whipping cream
20g sirap glucos
200g coklat putih masakan
15g mentega
Cara-cara:
1. Masak sirap glucos dan krim hingga berbuih.
2. Tuang krim atas coklat dan biarkan coklat mencair.
3. Masukkan butter,gaul rata.

Bahan Caramel Macadamia Nut:
100g kacang macadamia
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar air


Cara-cara:
1. Masak gula hingga perang.
2. Tambah air dan biar ia pekat.
3. Masukkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang.
4. Sejukkan dan potong @ cincang kasar.

Cara Menyediakan:
1. Potong kek pada 3 keping.
2. Ambil 1 keping sapukan krim.
3. Taburkan kacang macadamia yg telah dicincang dan lapiskan krim.
4. Ambil 1 keping kek lagi letak diatas kek tadi dan ulang langkah yg same hingga siap.
5. Bila dah siap melapis Salut keseluruh kek dengan krim dan simpan dalam peti sejuk hingga krim mengeras.
6. Kemudian tuang white chocolate ganache,ratakan.
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

1 comments :

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
    Find Harrah's Cherokee Casino & Hotel (Mapyro). 영천 출장마사지 Harrah's Cherokee 평택 출장마사지 Casino and Hotel Map 서산 출장안마 of 전라북도 출장샵 Harrah's 서울특별 출장샵 Cherokee Valley River Casino and Hotel.

    BalasPadam

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe