Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat
Laman Utama » » PUDING KEK CENDOL DAN CINCAU

PUDING KEK CENDOL DAN CINCAU

Written By Unknown on Khamis, 3 September 2015 | 10:00 PG


Lapisan A ( Lapisan Dasar )
1 keping kek span pandan saiz 8 X 8 inci

Lapisan B ( lapisan Coklat)
250 gram santan
250 
gram susu segar
5 gm agar-agar serbuk
70 gram serbuk koko (boleh guna milo sekiranya tiada)
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh tepung Hunkew
1 biji kuning telur
secubit garam

Lapisan C
400 ml santan cair (200 ml santan fresh/KARA + 200 ml air )
5 gram 
agar-agar serbuk
80 
gram gula halus
1 sudu teh tepung Hunkew
60 
gram cincau ~ di potong dadu
100 
gram cendol
sedikit pewarna hijau apple
sedikit pewarna kuning lemon

Caranya:
.1. Masukkan 1 keping kek span pandan ke dalam ring pan yang telah dibasahkan terlebih dahulu
2. Satukan semua bahan B kecuali kuning telur, kacau diatas api sederhana sehingga gula dan agar-agar larut.
3. Ambil & asingkan 1 senduk larutan agar-agar dan campurkan dengan kuning telur, kemudian kacau rata
4. Tuang semula ke dalam adunan agar-agar, kacau sebentar dan tutup api. Kemudian di tapis.
5. Tuangkan adunan coklat ke atas lapisan kek dan biarkan sejuk dan mengeras.
6. Satukan bahan C di dalam periuk yang lain 
kecuali cendol, cincau dan pewarna kuning/hijau.
7. masak sehingga agar-agar dan gula larut.
8. Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian yang sama banyak
9. 1 bahagian di letakkan pewarna kuning dan cendol
10. Tuangkan lapisan kuning cendol ini atas lapisan coklat  yang telah keras tadi.
* jika anda bimbang ia tidak melekat, cucuk atau cakar permukaan agar-agar yang dah mengeras tadi dengan garfu, kemudian baru tuang adunan kuning.
Biarkan ia sejuk dan mengeras

11. Bila dah keras, cucuk dan cakar permukaannya dengan garfu sebelum di tuang lapisan hijau.
12. Tuang lapisan hijau dan taburkan cincau yang telah di potong dadu
13. Simpan di dalam peti ais hingga beku
14. Bila dah sejuk dan beku, bolehlah di potong.


Sumber:Azlita masammanis
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe