Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat
Laman Utama » » Choc Fudge Brownies

Choc Fudge Brownies

Written By Unknown on Khamis, 10 September 2015 | 10:49 PG


Bahan-bahan:
1 1/4 cawan butter
4 biji telur 
2 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh vanilla
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan kekacang jika suka ( sy gantikan dengan dark choc yg dipotong kecil)

Cara membuat:
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah.
2. Alas acuan berukuran 9x 13 inci dengan kertas minyak. Lebihkan kertas tersebut biar tinggi sedikit dari acuan supaya mudah untuk keluarkan brownies nanti.
3. Cairkan butter atas api sederhana dan masukkan serbuk koko. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan gula dan kacau sebentar (tak perlu kacau hingga gula larut..cukup sekadar adunan sebati)
5. Kalau adunan masih panas, tunggu biar sejuk sedikit dan masukkan vanilla dan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau hingga sebati.
6. Masukkan tepung dan kekacang. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan.
7. Bakar lebih kurang 30 minit hingga masak. Sejukkan sebelum letakkan topping di atasnya.

Bahan-bahan Choc Ganache:


125 g dark choc -potong kecil
1oo ml nondairy cream 
(Boleh tambah/kurangkan mengikut kepekatan yang dikehendaki)
Sedikit minyak atau butter jika suka

Cara membuat:
1. Masukkan coklat yang dipotong ke dalam bekas tahan panas dan ketepikan. 
2. Panaskan krim hingga mula mendidih.
3. Angkat dan tuangkan ke atas coklat tadi. Biar seminit dan Kemudian kacau hingga sebati. 4. Akhir sekali masukkan sedikit minyak atau butter dan kacau. Biar pada suhu bilik hingga pekat sedikit dan sapu/tuangkan ke atas brownies.

SELAMAT MENCUBA!!!
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe