Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat

PUDING LAICI

Written By Unknown on Ahad, 30 Ogos 2015 | 10:09 PG


Bahan-bahan:
10 gram agar-agar serbuk
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici ~ asingkan air dan buahnya
1 tin susu cair

Cara membuatnya:
1. Masak agar-agar hingga mendidih.
2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api.
3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi atau boleh juga letak buah2an lain (buah koktail)



By : Kak Hanieliza
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe