Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat
Laman Utama » » Puteri Mandi

Puteri Mandi

Written By Unknown on Ahad, 16 Ogos 2015 | 5:35 PTG


Bahan-bahan:
500 gram tepung pulut
Air
1 sudu kecil pewarna daun pandan (tak kisah korang nak guna pewarna apa pun)
3 helai daun pandan
1 keping gula melaka
Kelapa parut

Cara-cara:
1. Gaul tepung pulut dengan air. 
2. Masukkan pewarna daun pandan. Boleh juga kalau nak guna air daun pandan sebagai pewarna.
3. Uli sehingga menjadi doh.
4. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat, kemudian leperkan di bahagian tengah.
5. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
6. Masukkan adunan berbentuk leper ke dalam periuk dan angkat apabila ianya timbul.
7. Sejat dan biarkan seketika di dlm air sejuk.
8. Masukkan secawan air +gula Melaka ke dalam kuali, Panaskan sehingga cair. Letakkan beberapa helai daun pandan.
9. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga sekata.
10. Akhir sekali, gaulkan adunan yang disejukakn tadi bersama-sama kelapa parut tadi.
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe