Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat
Laman Utama » » Kek Buah Kukus

Kek Buah Kukus

Written By Unknown on Rabu, 5 Ogos 2015 | 3:30 PTG


Bahan-bahan :
375g buah-buahan campuran( mix fruit)
250g mentega
300g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar
3 biji telur
150g gula kastor
150g gula (buat gula hangus )
1/4 cwn kepingan badam
ceri merah dan hijau-potong dadu

Cara-cara:

1.Didihkan kukusan.
2.Alas loyang dengan kertas minyak dan lenser juga kertas minyak dengan mentega.
3.Tepung digaul bersama soda bikarbonat dan cream of tartar.
4.Masukkan buah2an campuran dan kepingan badam dalam tepung.gaul rata supaya mengelakkan buah2an tadi mendak dan x teratur.( ketepikan )
5.Putar mentega bersama gula hingga kembang.Masukkan telur 1 demi 1 putar hingga kembang.
6.Masukkan buah2an campuran dan tepung,gaul hingga rata.
7.Masak gula pasir tadi hingga jadi gula hangus dengan api sederhana.
8.Kemudian tuang dalam adunan kek tadi,gaul sebati.
9.Tuang adunan dalam loyang dan susun buah ceri di atas adunan kek.
10.Tutup loyang dengan kertas aluminium dengan kemas dan ikat dengan tali.
11.Kukus selama 4jam dengan api sederhana.
12.Setiap 1jam periksa air kukusan dan tambah air kukusan menggunakan air panas juga.
13.Bila dah masak keluarkan kek dari periuk kukusan dan biarkan betul2 sejuk baru potong.



SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe