Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat
Laman Utama » » Oreo Cheese Cake Kukus

Oreo Cheese Cake Kukus

Written By Unknown on Sabtu, 15 Ogos 2015 | 2:50 PTG


Bahan-bahan (base):
30 keping biskut oreo (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

Cara-cara membuatnya:
1. oreo dikisar (kuantiti mengikut besar loyang..agak2 la)
2. buttercup yang telah dicairkan dicampur ke dalam oreo
3. padatkan di dalam loyang
4. diletakkan sebentar ke dalam peti sejuk

Bahan-bahan (cheese cake):
250 g cream cheese
3 biji telur
1 cawan gula
1/2 tin susu cair
2 s/b jus lemon
sedikit parutan kulit lemon
1 s/k esen vanilla
3 s/b tepung kastard
1 cawan oreo (dicincang halus)
Cara-cara membuatnya:
1. pukul cream cheese bersama dengan gula. setelah gula hancur masukkan telur satu persatu.
2. setelah sebati masukkan susu cair,esen vanilla,tepung kastard,jus lemon dan parutan kulit lemon.
3. kacau hingga sebati. masukkan oreo cincang tadi. kacau sebati. kemudian masukkan ke dalam loyang tadi
4. tutup loyang dengan kertas aluminium
5. kukus selama 1 jam.


Selamat mencuba.. Sila share


Thanks Jom Belajar Buat Kek kerana share resepi kek ni.. memang menjadi..terbaik..
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe