1 kg laksa basah [Laksa kering pun boleh..Rendam kemudian celur hingga lembut]
200 ml santan kotak/santan pekat fresh [Seeloknya santan fresh]
5-6 ekor ikan kembung, sardin atau parang
3 keping asam keping
1 cawan air
Garam secukup rasa
Gula
Bahan Kisar
1 biji bawang merah besar
3 inci halia muda
2 sudu kecil lada hitam
Bahan Sampingan
Timun *
Taugeh
Kubis *
Kacang panjang *
Daun kesum *
Bunga kantan *
Garam halus
Belacan keping [hiris berbentuk dadu ]
Limau nipis - belah 4
Note :- Mayang halus bahan sampingan bertanda *
Cara - cara :
1. Bahan kisar dikisar sehingga hancur & ketepikan.
2. Rebus ikan sehingga masak dan disejatkan airnya..[jangan dibuang air rebusan.]
3. Manakala ikan tadi disejukkan dan pastikan isi di asingkan dari tulang.
4. Sesudah itu kisar isi ikan ini bersama bahan-bahan kisar tadi.
5- Masukkan semua bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk.
6- Masukkan bersama santan dan air rebusan ikan tadi.
7. Kacau sebati di atas api yg sederhana.
8- Masukkan garam, gula dan asam keping.
9. Masak sehingga kuah mendidih [ingat harus sentiasa dikacau untuk mengelakkan kuah berketul2]
10. Kepekatan kuah terserah kepada anda. Nak pekat masaklah sehingga kuah pekat. Jangan lupa rasa dulu sebelum hidang.
11. Hidangkan laksa bersama bahan sampingan.
SELAMAT MENCUBA !!!
0 comments :
Catat Ulasan
Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe