Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat

Tat Telur

Written By Unknown on Sabtu, 3 Oktober 2015 | 12:36 PTG



Bahan-bahan (pastri tat):
225 gm tepung gandum
125 gm butter
55 gm icing sugar
1 biji telur, dipukul
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara:
1. Lembutkan butter/mentega pada suhu bilik.
2. Kemudian pukul mentega dan guna sehingga adunan sebati dan kembang.
3. Masukkan telur yang sudah dipukul serta esen vanila.
4. Setelah adunan doh tadi sudah sebati, bentukkan doh dengan bentuk bulat setebal 1/2 cm. 
5. Masukkan doh ke dalam tin tat.
6. Bakar doh dengan suhu 200C selama 10-15 minit.

Bahan-bahan (kastard telur):
3/4 cawan susu
2 biji telur
2 sudu besar gula
2 sudu besar kulit lemon yang dikisar
1/2 sudu kecil esen vanila
secubit garam
sedikit nutmeg ( jika ada )

Cara-cara
:
1. Masukkan 2 cawan susu ke dalam mangkuk dan kemudian masukkan ke dalam microwave selama beberapa minit sehingga susu itu hampir mendidih/ panas. ( jika mahu, boleh masakkan susu seperti biasa sehingga suam )
2. Di dalam bekas lain, pukul telur, kulit lemon, gula, esen vanila sehingga sebati.
Kemudian masukkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam adunan telur dan kacau.
3. Setelah adunan sebati, masukkan kastard telur tadi ke dalam pastri tat telur
Masukkan tat tadi ke dalam oven dengan suhu 180C selama 5-10 minit dan taburkan dengan nutmeg apabila sudah masak.

SELAMAT MENCUBA !!!
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe