Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat
Laman Utama » » BISKUT ROSEMARY

BISKUT ROSEMARY

Written By Unknown on Jumaat, 26 Jun 2015 | 11:35 PG


Bahan-Bahan:
250g mentega
30g shortening
180g gula kaster
360g tepung gandum - diayak
120g tepung jagung - di ayak
90g serbuk badam
1 tsp herba rosemary kering - di kisar/ di cincang halus
1 biji kuning telur - untuk sapu atas biskut
Sedikit rosemary untuk tabur atas biskut

Cara-Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega, shortening & gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk badam & rosemary. Gaul adunan hingga sebati & rata.
3. Canaikan lebih kurang 1 cm tebal. Terap menggunakan acuan kesukaan & susun atas dulang pembakar.
4. Sapukan kuning telur atas biskut & taburkan sedikit rosemary atasnya.
5. Bakar pada suhu 170 C selama 15 - 20 min atau hingga masak. Bila biskut sudah masak, sejukkan sepenuhnya baru simpan dalam bekas kedap udara.

Nota: Buat 1 adunan resepi ni boleh dapat banyak hasilnya, adalah dalam 90 - 100 biji, bergantung pada saiz biskut. Kalau kecil dapatlah banyak.


SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe