Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat
Laman Utama » » ASAM PEDAS IKAN PARI

ASAM PEDAS IKAN PARI

Written By Unknown on Khamis, 1 Oktober 2015 | 11:49 PG




BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan pari
3-4 biji bendi (dicuci dan kerat sedikit pangkalnya..nak gunakan terung pon boleh)
1 biji tomato (dibelah 4)

1 cekak daun kesom
1 senduk cili kisar
1 batang serai (diketuk)
2 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
1 camca teh pes asam jawa
2-3 biji limau nipis.
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
6 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
3 keping hirisan lengkuas *
2 biji buah keras (dihiris) *
1/2 inci belacan *
1/2 inci kunyit hidup *
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1. Tumbuk sehalus-halusnya bahan yang bertanda *. (Nak senang blend je). Ketepikan.
2. Ikan pari dipotong pada beberapa bahagian (ikut suka korang), lepas tu cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. 
3. Panaskan 1/4 cawan minyak masak dalam periuk, tumis serai dan bahan2 tumbuk halus (*) hingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa. 
4. Masukkan pes asam jawa dan kacau sebati. Tuang air secukupnya (anggaran 1liter), kacau dan biar mendidih. 
5. Masukkan ikan pari, bendi dan daun kesom. Kacau perlahan dan masak sekejap. Masukkan bunga kantan, daun limau purut dan lada hitam. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak sehingga ikan masak dan bendi lembut. 
6. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.


SELAMAT MENCUBA !!!

SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe