Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat

PUDING JELLY OREN

Written By Unknown on Ahad, 14 Jun 2015 | 12:25 PTG

Bahan-bahan:
Lapisan Jernih

4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula (mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya (dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning (saya guna 1 sudu makan oren sunquick)

Cara-cara:
1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
2. Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning. Ketepikan

Lapisan Puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
2. Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
3. Masak sebentar dan ketepikan

Cara-cara untuk melapis:
1. Sediakan bekas yang sesuai.
2. Masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras.
3. Kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
4. Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga betul2 keras
5. Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe