Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat

Kek Marble

Written By Unknown on Isnin, 8 Jun 2015 | 4:04 PTG


Bahan-bahan:
250gm butter
1 cawan caster sugar
2 sudu kecil vanila essen
3 biji telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri( self-raising flour)
2/3 cawan susu segar freshmilk
1/3 cawan coco powder

Cara-cara :
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang..
2. Masukkan telur satu persatu hingga kembang..
3. Masukkan esen vanila dan susu ..Pukul lagi hingga sebati dan kembang
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit..Pukul hingga sebati..
5. Bahagikan kepada 2 bahagian..Terpulang pada korang nak letak warna apa..1 adunan dimasukkan serbuk koko dan dikacau rata.
6. Masukkan adunan kedalam loyang 8x8 yang dah disapu marjerin. Adunan dimasukkan secara berselang seli..
7. Panaskan oven pada suhu 180 C selama 1 minit.
8. Bakar adunan selama 45 minit.. 

Selamat mencuba!!
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe