Suka Memasak
Dapatkan di sini
resepi-resepi lazat
Laman Utama » » Pizza (Topping ikut pilihan)

Pizza (Topping ikut pilihan)

Written By Unknown on Isnin, 23 Februari 2015 | 1:34 PTG


Bahan-bahan (Doh pizza)
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak sayuran (minyak jagungmyk zaiton/kelapa sawit pon boleh..)
1 cawan air suam
1 sudu kecil garam
sudu kecil yis kering
sudu kecil gula

Cara-cara buat doh:
1) Masukkan tepung dan minyak ke dalam mangkuk adunan..
2) Kemudian bancuh gula+garam+ yis dengan air suam.. (boleh bancuh yis dlu sebelum gaul tepung dengan minyak).. 

3) Masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung.. uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dan mangkuk adunan..(uli dalam 5minit macam tu)
4) Kemudian kite rehatkan adunan dalam peti ais.. (dlm 30 minit).. 
5) Kalau tengok doh dh kembang & boleh dicanai.. tepuk2 doh tu untuk keluarkan angin sebelum dicanai.
6) Semasa mencanai doh, letak ckit tepung. then canai la mengikut ketebalan yg anda mahu..

Bab topping terserah kat korang nak letak apa pun. Yang penting korang suka.

Bahan-bahan topping :
+ daging cincang ( ditumis dgn bawang putih& bawang besar, jika suka blh buat macam sos bolognese)
+ parutan cheese secukupnya (mozarella)
+ tuna flake
+ sosej
+ onion
+ capsicum
+ straw/ button mushroom
+ tomatoes
+ italian mixed herbs ( optional)
+ oregano

Semua sayuran yg nk buat topping tu bole dadu or slice nipis mengikut kesesuaian



Cara-cara menghias topping:
1) Mula2 sapu sos tomato atas doh yang dh dicanai tu, 
2) Pastu sapu tomato puri or sos spaghetti kimbal yang traditional tu pun bole.. 
3) Letak italian mixed herbs ckit je, letak beef/ tuna flake.
4) Then letak semua sayuran yang anda suka, blh juga letak sosej..
5) Last sekali letak cheese on top..
6) Then bakar dengan suhu 180C selama lebih kurang 15 minit. 



Source : Ezzah Fawzi
SHARE

About Unknown

Jadikanlah blog ini sebagai rujukan. Jika rajin memasak, kita akan menjadi lebih mahir. In Shaa Allah..

0 comments :

Catat Ulasan

Kalau korang dh try resepi ni komen-komen la cikit.. Menjadi ke tidak..hehehe